About Me

simple, a bit complicated and chossy

NMH Secret Admire

Shout to NMH

Sunday, 21 July 2013

Review Hotel - Everday Smart Hotel, Kuta Galeria, Bali

Salam,

Pada 22 May 2013 yang lalu, NMH bersama rakan baik semenjak zaman di MMU dulu, telah pun mengikuti percutiaan 4 hari 3 malam di Bali, Indonesia. Sepatutnya seorang rakan sepejabat NMH menemani NMH untuk percutian ini, tetapi di atas sebab yang tak dapat dielakkan, beliau tidak dapat turut serta.

NMH dan NNA telah pun bersepakat untuk memilih bilik penginapan kami di Everday Smart Hotel di Kuta Galeria, di sebuah kawasan baru berdekatan jalan utama ke Pantai Kuta. Sebenarnya NNA yang booking hotel ini. NNA telah pun menempah pakej bilik penginapan termasuk tiket penerbangan pergi balik, semua sekali berharga RM 580++. Murah bukan ? Saja pilih hotel biasa biasa, mungkin untuk percutiaan yang akan datang NMH akan cuba pula hotel di tengah tengah pantai Kuta.

Oleh kerana terlalu risau dan obsess dengan review di Tripadvisor, kami sepakat memilih untuk buat tempahan awal untuk bilik hotel yang mempunyai tingkap.Kami telah pun diberi bilik yang mempunyai tingkap. Motif kononnya bilik yang ada tingkap akan memberikan impak keluasan. Kami langsung tak punya masa untuk tengok pemandangan diluar tingkap tu pun.....jadual percutiaan yang terlalu padat....


Punyelah obsess nak bilik hotel yang ada tingkap...ha amik....

Ok la bilik hotelnya, ada welcome drink lagi masa nak check in.Tak silap satu malam penginapan disini berharga RM110 ++. Sebelum ini, review yang  dibaca mengatakan bilik air hotel ini mempunyai dinding yang frosted, see through....tak perlu risau, NMH dan NNA sama jantina.....tak segan pun pasal akan ada privasinya.....

Agak jauh kalau nak berjalan dari hotel ke pantai Kuta, jadi lebih baik naik teksi , dalam Rp 15,000 sehala lebih kurang RM 5. Teksi juga senang didapati di kawasan berdekatan.

Ada deretan kedai pegantin , kedai kain bertaraf Euro Moda dan salon rambut (yang NMH tak sempat mencuba salon itu) bertentangan dengan hotel ini.Ada juga convenient shop di jalan besar berhampiran. NMH sempat mencuba sebuah restoran ringkas yang bernama Nasi Pedas di jalan besar tersebut sebelum perasaan waswas menjelma keesokkan harinya......
Restoran yang simple , Nasi Pedas Ibu Andika berhampiran jalan besar untuk masuk ke kawasan hotel. Restoran ini takde logo halal..tapi ada letak photo Kaabah. Pekerja dia ber tatu , bertindik bagai...camner la tak waswas ?

Oleh kerana NMH jadi waswas sangat akan makanan sepanjang berada di Bali, NMH hanya berani order ikan masak sweetsour di cafe hotel tersebut, yang NMH request dihantar terus ke kamar hotelnya.Rasanya sangat menyelerakan (selera orang kebuluran makan akibat waswas dengan ayam, daging di Bali...ehheheh). Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan wireless dan sebuah komputer dengan talian internet diletakkan di lobi hotel.
Sweetsour fish yang di order dari cafe hotel. Dimakan bersama nasi putih, room service dalam Rp 46,000 bersamaan RM 15. okla rasanya....sedap

Kekurangan hotel ini cuma tidak mempunyai mini bar dan dedicated bellboy, tapi staff disini sangat menyenangkan. Room service seperti hairdryer dan iron juga disediakan. Rasanya lain kali kalau berpeluang ke Bali, silalah bawa bekalan makanan yang bersesuaian seperti mee segera, instant rendang, canned food dan sebagainya.

Ikuti review NMH di Tripadvisor http://www.tripadvisor.com.my/ShowUserReviews-g297697-d2182985-r163072471-Everyday_Smart_Hotel-Kuta_Bali.html#CHECK_RATES_CONT

Website hotel tersebut http://www.everydaysmarthotels.com/ourhotels-bali.htm




1 comment: