Facebook Badge

About Me

simple, a bit complicated and chossy

NMH Secret Admire

Shout to NMH

Saturday 27 April 2013

Pengalaman menduduki ujian PTD

Salam,

Kali ini nak kongsikan sedikit pengalaman NMH menduduki ujian peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik Gred M41 atau dalam erti kata lain ujian peperiksaan PTD.

Bagi sesiapa yang telah mendaftarkan diri di laman web SPA, rajin-rajinkanlah memeriksa pengumumaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

Berikut adalah sedikit tips untuk ujian Bahagian A- Pengetahuan Am:

  • Negara ASEAN - Taman Ekologi
  • Kekerapan bancian dikalangan penduduk Malaysia
  • Duti Eksais
  • Taman Negara UNESCO di Malaysia
  • Website kerajaan Malaysia
  • Konsep 1Malaysia
  • Motif di duit syiling Malaysia edisi terbaru
  • Pemenang Nobel prize
  • Anugerah Inovasi Malaysia
  • Negara terakhir menyertai ASEAN
  • Maksud enakmen 
Bagi mereka yang bakal menduduki ujian ini, adalah digalakkan supaya rajinkanlah diri membaca suratkhabar serta menonton berita semasa. Pengetahuan mengenai Pengajian AM (bagi mereka yang pernah menduduki STPM) adalah sangat membantu.

Bahagian B- Daya Penyelesaian Masalah:
Melibatkan pengiraan matematik. Secara congak, tanpa menggunakan sebarang kalkulator. Oleh itu digalakkan supaya banyakkan membuat rujukan dari silibus Matematik Tingkatan 3, PMR. 

Bahagian C- Esei Bahasa Melayu
Senang bagi mereka yang pernah  menduduki ujian SPM dahulu....salah satu tajuknya adalah  Kesan Pengunaan Media Sosial

Bahagian D - Esei Bahasa Inggeris
Antara tajuk-tajuk esei . Hanya perlu pilih satu tajuk sahaja.
  • Job Satisfaction
  • Generation gap
  • Universities as training grounds for employment

Daripada perkongsiaan ini, diharapkan dapat membantu calon-calon yang  lain. Jangan putus asa sekiranya tidak berjaya kerana saya ada juga rakan-rakan lain yang telah menduduki ujian ini sebanyak 3 sehingga 7 kali.











No comments:

Post a Comment