Facebook Badge

About Me

simple, a bit complicated and chossy

NMH Secret Admire

Shout to NMH

Friday 29 June 2012

Nasi Kandar Kudu vs. Nasi Daun Pisang Sri Nirwana


Kali ini NMH nak share lagi review berkaitan makanan. Pasal nasi. Rakyat Malaysia dan nasi memang tak bole dipisahkan. Tapi kali ini nak review pasal nasi yang bukan dimasak oleh kaum Melayu. Tapi nasi yang dimasak oleh masyarakat India Muslim atau Mamak dan juga masyarakat India yang berasal dari negara India Selatan. Nasi Kandar vs. Nasi Daun Pisang. Betapa muhibahnya kita kat Malaysia ni. Bila tiba waktu makan, semua akan sebu cari nasi. Ye nasi buat kita semua masyarakat Malaysia yang muhibah (ayat skema macam nak promote Visit Malaysia Truly Asia je, ekekkekeke).

Nasi Kandar Kudu

BTW, let me start with Nasi Kandar di Restoran Kudu Bin Abdul, No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Actually, NMH & BFF baru balik melilau dari area Tugu Negara & Taman Orkid nun jauh di area Taman Tasik Perdana (jauh la sangat kan, will blog about it later on).So on the way back from KL itu, we decided to have nasi kandaq. Sebelum ini pun, a week before (to be precise,6th June 2012, Wednesday) kami pernah try nak kunjungi Pak Kudu masa lunch time. Terkejut, people are queing up sampai area pejalan kaki itu ! Terpaksa batal akan niat untuk lunch di situ akibat kesesakan luar biasa manusia yang beratur untuk makan di situ.Begitu famous Restoran Kudu ni, nak cari tempat parking pun adalah lagi satu isu yang perlu difikirkan setelah tiba di situ.

However,on 16th June 2012, we reached there around 6.30 p.m. Lauk yang tinggal hanyalah ayam goreng, sotong berempah, paru masak hitam, kambing masala. The famous daging masak hitam dah habis rupanya. But its ok, we settle for this lauk.......Nak sayur? Request je sayur bendi yang dimasak sekali dalam kari yang pekat dengan rempah-ratus itew.


Left to right: Ayam sambal bawang, sotong berempah dan kari kambing masala

Difahamkan restoran Kudu ini telah wujud sejak tahun 1960-an lagi. Kat belakang restoran ni dulu ada panggung P.Ramlee. So arwah P. Ramlee akan singgah almost everyday for this delicious nasi kandar. No wonder la banyak je photo P.Ramlee menghiasi interior design untuk kedai ini.
Kualiti makanan : 4/5 Lazat, authentic nasi kandar, melekat bau kari rempah ratus tak ingat walaupun selepas tangan dicuci dengan sabun
Harga : 4/5 Sangat affordable. NMH & BFF makan 3 lauk baru RM 16++ (termasuk air minuman).Cukup untuk 2 orang makan pasal BFF jenis small eater gitew.
Kebersihan: 3.5/5
Ambience: 4/5 old skool , sangat sempoi kerusi meja dia, tak perlu gantung benda hiasan,cuma letak photo arwah P. Ramlee sudah mencukupi.
Service kualiti: 4/5

Must try lauk: daging masak hitam, ayam sambal bawang, sotong & kambing dan make sure request campur semua sekali kuah lauk pauk tersebut untuk rasa asli nasi kandar
Yang tak best : Parking.Ya ampun, takut la nak parking kat area open air tu, macam terlindung sket area tu + anjing liar berkeliaran. Kat belakang kedai itu pun area parking macam "lorong-lorong gelap".

Tribute to arwah P. Ramlee


Kudu "Hall of Fame"......sempoi.....
















Sri Nirwana Maju, Subang Jaya

Lunch time tadi NMH and gang (eh NMH ade geng ke?) telah pun membuat keputusan strategik untuk menikmati nasi daun pisang berasakan masakan masyarakat India Selatan. Jangan confuse, ni bukan nasi kandar/mamak. Nasi daun pisang adalah diusahakan oleh masyarakat Tamil yang berasal dari negara India Selatan. Yang membezakan nasi daun pisang dengan nasi kandar ialah daging lembu tidak dihidangkan di restoran ini, atas sebab keagamaan masyarakat tersebut. Tapi jangan risau, lauk ayam serta kambingnya dijamin halal.

Yang buat nasi ini unik ialah...nasi nya dihidangkan beralaskan daun pisang. Sangat authentic dan antropologi!



Sayur from left to right: timun berkuah yogurt, labu berempah and crunchy terung goreng
Yang dalam piring tu mutton masala

Lauk sayuran di nasi daun pisang ni sedikit berbeza. Acar timun berkuah santan/yogourt, labu ditumis rempah yang pekat dan paling best terung dicincang halus lalu di goreng tempung tempura (kan dah keluar macam ayat dialog Master Chef). Crunchy....

Sebelum ini pun NMH pernah cuba nasi daun pisang di Kanna, Puchong. Sama juga rasa sayuran disitu. Di Sri Nirwana ini , NMH order lauk kambing masala. Masala ni takde kuah, dia kering dan sedikit pedas. NMH sengaja makan menggunkan sudu garpu, datang area Taipan, so rasa macam diva sikit (ada kena mengena ke?). Geng yang lain order ayam goreng dan ayam varuval (macam ayam rendang berkuah kering).
Takpe lauk kering, kerana nanti pekerja restoran akan membawa kuah kari dan dal asing untuk diletakkan di atas nasi pelanggan.


portion kami 4 orang makan

Kualiti makanan : 3.5/5 Lauk asas dia kebanyakkannya berkuah kering. Tapi ada kuah kari/dal tambahan
Harga : 3/5 Untuk 4 orang makan bersamaan RM 55++ (you do the math ok)
Kebersihan: 4/5
Ambience: 3.5/5 Berkonsep separa terbuka, dinding separuh di tepi jalan, ada hiasan tergantung, cermin besar melekat kat dinding khas tuk pelanggan dia yang vain
Service kualiti: 4/5


benda hiasan tergantung

vain customer tengah snap photo sendiri guna refleksi cermin

Di restoran Sri Nirwana, pelanggan tak putus-putus mengunjungi tempat ini. Kebetulan waktu rehat makan tengahari yang panjang (hari Jumaat). Cuaca panas diluar kedai tak dihiraukan, asal bole menikmati sajian nasi daun pisang itu. Kedai ni takde aircond ye puan-puan. Sekadar kipas syiling sudah memadai.

Must try lauk : Ayam goreng, sayur terung goreng tepung ala crunchy
Yang tak best: Parking! Area Taipan dan masalah parking memang tak bole dipisahkan, Ibarat irama dan lagu. Kami parking di kawasan perumahan berhampiran. Maka berbondong-bondongla kami berjalan dibawah terik mentari ke restoran itu.


Conclusion

  • Makan kat kedai mamak pelanggan kena berdiri dan pergi sendiri ke kaunter lauk pauk untuk memilih lauk yang disukai. Nasi dan lauk dihidangkan dalam pinggan melamin biasa.
  • Makan nasi daun pisang,pelanggan hanya perlu duduk di meja sambil menanti pekerja restoran menghidangkan nasi serta lauk pauk yang diminta di depan mata anda.Nasi dilapik di atas daun pisang. 
  • Rasa kari di kedua-dua restoran ini hampir sama. Tak jauh berbeda. Kaya dengan aroma dan rasa asli rempah ratus.