Facebook Badge

About Me

simple, a bit complicated and chossy

NMH Secret Admire

Shout to NMH

Saturday 27 April 2013

Pengalaman menduduki ujian PTD

Salam,

Kali ini nak kongsikan sedikit pengalaman NMH menduduki ujian peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik Gred M41 atau dalam erti kata lain ujian peperiksaan PTD.

Bagi sesiapa yang telah mendaftarkan diri di laman web SPA, rajin-rajinkanlah memeriksa pengumumaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

Berikut adalah sedikit tips untuk ujian Bahagian A- Pengetahuan Am:

  • Negara ASEAN - Taman Ekologi
  • Kekerapan bancian dikalangan penduduk Malaysia
  • Duti Eksais
  • Taman Negara UNESCO di Malaysia
  • Website kerajaan Malaysia
  • Konsep 1Malaysia
  • Motif di duit syiling Malaysia edisi terbaru
  • Pemenang Nobel prize
  • Anugerah Inovasi Malaysia
  • Negara terakhir menyertai ASEAN
  • Maksud enakmen 
Bagi mereka yang bakal menduduki ujian ini, adalah digalakkan supaya rajinkanlah diri membaca suratkhabar serta menonton berita semasa. Pengetahuan mengenai Pengajian AM (bagi mereka yang pernah menduduki STPM) adalah sangat membantu.

Bahagian B- Daya Penyelesaian Masalah:
Melibatkan pengiraan matematik. Secara congak, tanpa menggunakan sebarang kalkulator. Oleh itu digalakkan supaya banyakkan membuat rujukan dari silibus Matematik Tingkatan 3, PMR. 

Bahagian C- Esei Bahasa Melayu
Senang bagi mereka yang pernah  menduduki ujian SPM dahulu....salah satu tajuknya adalah  Kesan Pengunaan Media Sosial

Bahagian D - Esei Bahasa Inggeris
Antara tajuk-tajuk esei . Hanya perlu pilih satu tajuk sahaja.
  • Job Satisfaction
  • Generation gap
  • Universities as training grounds for employment

Daripada perkongsiaan ini, diharapkan dapat membantu calon-calon yang  lain. Jangan putus asa sekiranya tidak berjaya kerana saya ada juga rakan-rakan lain yang telah menduduki ujian ini sebanyak 3 sehingga 7 kali.











Resepi Kuah Laksa (Penang)

Salam,

Memandangkan ada permintaan untuk kongsi resepi cara-cara membuat kuah laksa, disertakan disini resepi lengkapnya. Resepi ini NMH pelajari secara tradisi keluarga, turun-temurun ;)


1) *Ikan (10 ekor ikan kembung/ikan sardin) 
* Cili Kering (10 tangkai, ikut selera kepedasan masing-masing) 
* Asam Keping 
* Bawang besar (3 ulas, supaya akan timbulkan perasa origional) 

Belacan secukup rasa

*Bahan-bahan ini direbus bersama di dalam satu periuk yang sama...hati-hati ketika merebus..jangan sampai terlalu hancur. cukup sekadar 10 minit sahaja masa merebusnya. 

2) Selepas direbus , ditoskan semua bahan tersebut untuk sejuk seketika selama 15-20 minit

3) Air rebusan ikan jangan dibuang, tinggalkannya di dalam periuk untuk buat kuah laksa itu nanti

4)Ceraikan isi ikan dari tulang ikan. Asingkan tulang ikan tersebut di dalam bekas yang berasingan.

5) Kemudian blender bawang besar + cili keing + isi ikan + Belacan

6) Asam keping tak perlu blender, tinggalkan asam  keping dalam periuk untuk memasak kuah laksa tersebut

7) Bahan yang telah diblender (bawang besar + cili keing + isi ikan + Belacan). , masukkan semula dalam periuk untuk kuah.

8) Tulang ikan yang telah diblender kan, perlu diasingkan (tambah air masa blender, takut tersekat nanti kalau takde air), selepas itu tapis tulang ikan tersebut, ambil air tulang ikan sahaja .

9) Lebihan tulang ikan yang telah hancur diblender, bolehlah dibuang

10) Kalau nak banyak kuah, tambahkan air pada tulang ikan semasa ditapis tadi

11) Panaskan periuk...kemudian baru masukkan bunga kantan, daun kesum...

12) Garam secukup rasa...sila rasa terlebih dahulu....ini kerana belacan selalunya dah cukup  masin....
 
Ulam-ulam yang sesuai dimakan mentah dengan laksa. silalah hiris nipis-nipis.......
1) Daun selom (nama omputih dia water celery)
2) Timun
3) Bawang besar
4) Cili merah
5) Daun pudina
6) Daun salad yang halus (yang selalu dimakan bersama hidangan nasi ayam)
7) Nenas
8)  Limau nipis dibelah dua
 
dan juga telur rebus dan petis udang (optional)
 
selamat mencoba.......Sila rujuk resepi untuk membuat laksa beras secara tradisi di blog ini...

Inilah hasilnya. Insyallah menjadi kalau telah mencuba resepi yang telah diberikan ini