About Me

simple, a bit complicated and chossy

NMH Secret Admire

Shout to NMH

Wednesday, 19 December 2012

AFC - Anjassari Fried Chicken

Salam,

Ketika waktu rehat tengahari NMH dan rakan sepejabat telah pun mencuba makanan di sebuah restoran yang baru di buka di TTDI Jaya, Shah Alam. Restoran tersebut bernama AFC-Anjassari Fried Chicken. Kami berdua telah pun memilih menu utamanya iaitu ala carte 2 ketul ayam goreng, mashed potato and set menu nasi ayam. Nak tahu lebih lanjut mengenai menu lain yang ditawarkan disini,http://www.anjassari.com/v2/index.php/2012-11-16-16-39-31/restoran-afc. Harap mendapat manfaat disebalik perkongsian review makanan tersebut. Enjoy the photo ......

kena self service bila nak pesan makanan. Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan kerana menggunakan BB


Mashed potato RM 2.50
Rasa : Tawar, terlebih rasa tepung berbanding kentang
Hiasan dalaman AFC
Ringkas dan kemas
say what ? "Eat without guilt" is their slogan
Set Nasi Ayam RM 10.80
Rasa : Nasi nya ok, ayam dihidangkan ketika masih lagi panas. Cuma sup dia rasa biasa , kosong 

ala carte 2 pieces chicken. Ayam yang sama digunakan dalam set Nasi Ayam.
Rasa: ayam nya ranggup dan garing. Mungkin bole diperbaiki mutu rempah ratus semasa perapan ayam tersebut. Yang menjadi sedap kerana ayamnya dihidangkan ketika masih lagi panas

Rating from NMH : 3.5/5 

Perkara yang disukai:
Mutu kebersihan restoran tersebut.
Walaupun self service,pelayan akan menghantar pesanan makanan ke meja pelanggan.
Kepunyaan bumiputera, sokongan perlu diberikan.

Perkara yang boleh dibaiki:
Rasa makanan yang mungkin boleh dipelbagaikan dan diperbaiki.
Sistem pengudaraan di dalam restoran, melekat bau masakan kepada pakaian para pelanggan.
Masa menunggu untuk makanan yang dipesan untuk sampai ke meja pelanggan.

Disclaimer : Review makanan ini dibuat secara santai, tidak melibatkan sebarang kos keuntungan disini.

Terima kasih.



















No comments:

Post a Comment