Facebook Badge

About Me

simple, a bit complicated and chossy

NMH Secret Admire

Shout to NMH

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

Review Hotel - Everday Smart Hotel, Kuta Galeria, Bali

Salam,

Pada 22 May 2013 yang lalu, NMH bersama rakan baik semenjak zaman di MMU dulu, telah pun mengikuti percutiaan 4 hari 3 malam di Bali, Indonesia. Sepatutnya seorang rakan sepejabat NMH menemani NMH untuk percutian ini, tetapi di atas sebab yang tak dapat dielakkan, beliau tidak dapat turut serta.

NMH dan NNA telah pun bersepakat untuk memilih bilik penginapan kami di Everday Smart Hotel di Kuta Galeria, di sebuah kawasan baru berdekatan jalan utama ke Pantai Kuta. Sebenarnya NNA yang booking hotel ini. NNA telah pun menempah pakej bilik penginapan termasuk tiket penerbangan pergi balik, semua sekali berharga RM 580++. Murah bukan ? Saja pilih hotel biasa biasa, mungkin untuk percutiaan yang akan datang NMH akan cuba pula hotel di tengah tengah pantai Kuta.

Oleh kerana terlalu risau dan obsess dengan review di Tripadvisor, kami sepakat memilih untuk buat tempahan awal untuk bilik hotel yang mempunyai tingkap.Kami telah pun diberi bilik yang mempunyai tingkap. Motif kononnya bilik yang ada tingkap akan memberikan impak keluasan. Kami langsung tak punya masa untuk tengok pemandangan diluar tingkap tu pun.....jadual percutiaan yang terlalu padat....


Punyelah obsess nak bilik hotel yang ada tingkap...ha amik....

Ok la bilik hotelnya, ada welcome drink lagi masa nak check in.Tak silap satu malam penginapan disini berharga RM110 ++. Sebelum ini, review yang  dibaca mengatakan bilik air hotel ini mempunyai dinding yang frosted, see through....tak perlu risau, NMH dan NNA sama jantina.....tak segan pun pasal akan ada privasinya.....

Agak jauh kalau nak berjalan dari hotel ke pantai Kuta, jadi lebih baik naik teksi , dalam Rp 15,000 sehala lebih kurang RM 5. Teksi juga senang didapati di kawasan berdekatan.

Ada deretan kedai pegantin , kedai kain bertaraf Euro Moda dan salon rambut (yang NMH tak sempat mencuba salon itu) bertentangan dengan hotel ini.Ada juga convenient shop di jalan besar berhampiran. NMH sempat mencuba sebuah restoran ringkas yang bernama Nasi Pedas di jalan besar tersebut sebelum perasaan waswas menjelma keesokkan harinya......
Restoran yang simple , Nasi Pedas Ibu Andika berhampiran jalan besar untuk masuk ke kawasan hotel. Restoran ini takde logo halal..tapi ada letak photo Kaabah. Pekerja dia ber tatu , bertindik bagai...camner la tak waswas ?

Oleh kerana NMH jadi waswas sangat akan makanan sepanjang berada di Bali, NMH hanya berani order ikan masak sweetsour di cafe hotel tersebut, yang NMH request dihantar terus ke kamar hotelnya.Rasanya sangat menyelerakan (selera orang kebuluran makan akibat waswas dengan ayam, daging di Bali...ehheheh). Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan wireless dan sebuah komputer dengan talian internet diletakkan di lobi hotel.
Sweetsour fish yang di order dari cafe hotel. Dimakan bersama nasi putih, room service dalam Rp 46,000 bersamaan RM 15. okla rasanya....sedap

Kekurangan hotel ini cuma tidak mempunyai mini bar dan dedicated bellboy, tapi staff disini sangat menyenangkan. Room service seperti hairdryer dan iron juga disediakan. Rasanya lain kali kalau berpeluang ke Bali, silalah bawa bekalan makanan yang bersesuaian seperti mee segera, instant rendang, canned food dan sebagainya.

Ikuti review NMH di Tripadvisor http://www.tripadvisor.com.my/ShowUserReviews-g297697-d2182985-r163072471-Everyday_Smart_Hotel-Kuta_Bali.html#CHECK_RATES_CONT

Website hotel tersebut http://www.everydaysmarthotels.com/ourhotels-bali.htm




Wednesday, 19 December 2012

AFC - Anjassari Fried Chicken

Salam,

Ketika waktu rehat tengahari NMH dan rakan sepejabat telah pun mencuba makanan di sebuah restoran yang baru di buka di TTDI Jaya, Shah Alam. Restoran tersebut bernama AFC-Anjassari Fried Chicken. Kami berdua telah pun memilih menu utamanya iaitu ala carte 2 ketul ayam goreng, mashed potato and set menu nasi ayam. Nak tahu lebih lanjut mengenai menu lain yang ditawarkan disini,http://www.anjassari.com/v2/index.php/2012-11-16-16-39-31/restoran-afc. Harap mendapat manfaat disebalik perkongsian review makanan tersebut. Enjoy the photo ......

kena self service bila nak pesan makanan. Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan kerana menggunakan BB


Mashed potato RM 2.50
Rasa : Tawar, terlebih rasa tepung berbanding kentang
Hiasan dalaman AFC
Ringkas dan kemas
say what ? "Eat without guilt" is their slogan
Set Nasi Ayam RM 10.80
Rasa : Nasi nya ok, ayam dihidangkan ketika masih lagi panas. Cuma sup dia rasa biasa , kosong 

ala carte 2 pieces chicken. Ayam yang sama digunakan dalam set Nasi Ayam.
Rasa: ayam nya ranggup dan garing. Mungkin bole diperbaiki mutu rempah ratus semasa perapan ayam tersebut. Yang menjadi sedap kerana ayamnya dihidangkan ketika masih lagi panas

Rating from NMH : 3.5/5 

Perkara yang disukai:
Mutu kebersihan restoran tersebut.
Walaupun self service,pelayan akan menghantar pesanan makanan ke meja pelanggan.
Kepunyaan bumiputera, sokongan perlu diberikan.

Perkara yang boleh dibaiki:
Rasa makanan yang mungkin boleh dipelbagaikan dan diperbaiki.
Sistem pengudaraan di dalam restoran, melekat bau masakan kepada pakaian para pelanggan.
Masa menunggu untuk makanan yang dipesan untuk sampai ke meja pelanggan.

Disclaimer : Review makanan ini dibuat secara santai, tidak melibatkan sebarang kos keuntungan disini.

Terima kasih.



















Friday, 29 June 2012

Nasi Kandar Kudu vs. Nasi Daun Pisang Sri Nirwana


Kali ini NMH nak share lagi review berkaitan makanan. Pasal nasi. Rakyat Malaysia dan nasi memang tak bole dipisahkan. Tapi kali ini nak review pasal nasi yang bukan dimasak oleh kaum Melayu. Tapi nasi yang dimasak oleh masyarakat India Muslim atau Mamak dan juga masyarakat India yang berasal dari negara India Selatan. Nasi Kandar vs. Nasi Daun Pisang. Betapa muhibahnya kita kat Malaysia ni. Bila tiba waktu makan, semua akan sebu cari nasi. Ye nasi buat kita semua masyarakat Malaysia yang muhibah (ayat skema macam nak promote Visit Malaysia Truly Asia je, ekekkekeke).

Nasi Kandar Kudu

BTW, let me start with Nasi Kandar di Restoran Kudu Bin Abdul, No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Actually, NMH & BFF baru balik melilau dari area Tugu Negara & Taman Orkid nun jauh di area Taman Tasik Perdana (jauh la sangat kan, will blog about it later on).So on the way back from KL itu, we decided to have nasi kandaq. Sebelum ini pun, a week before (to be precise,6th June 2012, Wednesday) kami pernah try nak kunjungi Pak Kudu masa lunch time. Terkejut, people are queing up sampai area pejalan kaki itu ! Terpaksa batal akan niat untuk lunch di situ akibat kesesakan luar biasa manusia yang beratur untuk makan di situ.Begitu famous Restoran Kudu ni, nak cari tempat parking pun adalah lagi satu isu yang perlu difikirkan setelah tiba di situ.

However,on 16th June 2012, we reached there around 6.30 p.m. Lauk yang tinggal hanyalah ayam goreng, sotong berempah, paru masak hitam, kambing masala. The famous daging masak hitam dah habis rupanya. But its ok, we settle for this lauk.......Nak sayur? Request je sayur bendi yang dimasak sekali dalam kari yang pekat dengan rempah-ratus itew.


Left to right: Ayam sambal bawang, sotong berempah dan kari kambing masala

Difahamkan restoran Kudu ini telah wujud sejak tahun 1960-an lagi. Kat belakang restoran ni dulu ada panggung P.Ramlee. So arwah P. Ramlee akan singgah almost everyday for this delicious nasi kandar. No wonder la banyak je photo P.Ramlee menghiasi interior design untuk kedai ini.
Kualiti makanan : 4/5 Lazat, authentic nasi kandar, melekat bau kari rempah ratus tak ingat walaupun selepas tangan dicuci dengan sabun
Harga : 4/5 Sangat affordable. NMH & BFF makan 3 lauk baru RM 16++ (termasuk air minuman).Cukup untuk 2 orang makan pasal BFF jenis small eater gitew.
Kebersihan: 3.5/5
Ambience: 4/5 old skool , sangat sempoi kerusi meja dia, tak perlu gantung benda hiasan,cuma letak photo arwah P. Ramlee sudah mencukupi.
Service kualiti: 4/5

Must try lauk: daging masak hitam, ayam sambal bawang, sotong & kambing dan make sure request campur semua sekali kuah lauk pauk tersebut untuk rasa asli nasi kandar
Yang tak best : Parking.Ya ampun, takut la nak parking kat area open air tu, macam terlindung sket area tu + anjing liar berkeliaran. Kat belakang kedai itu pun area parking macam "lorong-lorong gelap".

Tribute to arwah P. Ramlee


Kudu "Hall of Fame"......sempoi.....
















Sri Nirwana Maju, Subang Jaya

Lunch time tadi NMH and gang (eh NMH ade geng ke?) telah pun membuat keputusan strategik untuk menikmati nasi daun pisang berasakan masakan masyarakat India Selatan. Jangan confuse, ni bukan nasi kandar/mamak. Nasi daun pisang adalah diusahakan oleh masyarakat Tamil yang berasal dari negara India Selatan. Yang membezakan nasi daun pisang dengan nasi kandar ialah daging lembu tidak dihidangkan di restoran ini, atas sebab keagamaan masyarakat tersebut. Tapi jangan risau, lauk ayam serta kambingnya dijamin halal.

Yang buat nasi ini unik ialah...nasi nya dihidangkan beralaskan daun pisang. Sangat authentic dan antropologi!



Sayur from left to right: timun berkuah yogurt, labu berempah and crunchy terung goreng
Yang dalam piring tu mutton masala

Lauk sayuran di nasi daun pisang ni sedikit berbeza. Acar timun berkuah santan/yogourt, labu ditumis rempah yang pekat dan paling best terung dicincang halus lalu di goreng tempung tempura (kan dah keluar macam ayat dialog Master Chef). Crunchy....

Sebelum ini pun NMH pernah cuba nasi daun pisang di Kanna, Puchong. Sama juga rasa sayuran disitu. Di Sri Nirwana ini , NMH order lauk kambing masala. Masala ni takde kuah, dia kering dan sedikit pedas. NMH sengaja makan menggunkan sudu garpu, datang area Taipan, so rasa macam diva sikit (ada kena mengena ke?). Geng yang lain order ayam goreng dan ayam varuval (macam ayam rendang berkuah kering).
Takpe lauk kering, kerana nanti pekerja restoran akan membawa kuah kari dan dal asing untuk diletakkan di atas nasi pelanggan.


portion kami 4 orang makan

Kualiti makanan : 3.5/5 Lauk asas dia kebanyakkannya berkuah kering. Tapi ada kuah kari/dal tambahan
Harga : 3/5 Untuk 4 orang makan bersamaan RM 55++ (you do the math ok)
Kebersihan: 4/5
Ambience: 3.5/5 Berkonsep separa terbuka, dinding separuh di tepi jalan, ada hiasan tergantung, cermin besar melekat kat dinding khas tuk pelanggan dia yang vain
Service kualiti: 4/5


benda hiasan tergantung

vain customer tengah snap photo sendiri guna refleksi cermin

Di restoran Sri Nirwana, pelanggan tak putus-putus mengunjungi tempat ini. Kebetulan waktu rehat makan tengahari yang panjang (hari Jumaat). Cuaca panas diluar kedai tak dihiraukan, asal bole menikmati sajian nasi daun pisang itu. Kedai ni takde aircond ye puan-puan. Sekadar kipas syiling sudah memadai.

Must try lauk : Ayam goreng, sayur terung goreng tepung ala crunchy
Yang tak best: Parking! Area Taipan dan masalah parking memang tak bole dipisahkan, Ibarat irama dan lagu. Kami parking di kawasan perumahan berhampiran. Maka berbondong-bondongla kami berjalan dibawah terik mentari ke restoran itu.


Conclusion

  • Makan kat kedai mamak pelanggan kena berdiri dan pergi sendiri ke kaunter lauk pauk untuk memilih lauk yang disukai. Nasi dan lauk dihidangkan dalam pinggan melamin biasa.
  • Makan nasi daun pisang,pelanggan hanya perlu duduk di meja sambil menanti pekerja restoran menghidangkan nasi serta lauk pauk yang diminta di depan mata anda.Nasi dilapik di atas daun pisang. 
  • Rasa kari di kedua-dua restoran ini hampir sama. Tak jauh berbeda. Kaya dengan aroma dan rasa asli rempah ratus.

Saturday, 19 May 2012

makanan, food



best ok kalo dapat colleague yang memahami serta tak lokek tuk belanja Secret Recepi...me like very much. Thank you
Rating 3.5/5.Beef stew yang rasa seperti daging masak kicap seperti bonda ku masak

Rating 4/5. Frosty ice lemon tea...cooling and refreshing


the best part...we all demand to have the dessert before the main course. Rating 4.5/5


Sunday, 18 March 2012

Cooking Class with (Local) Celebrity

Salam,

Tuan-tuan, puan-puan, cik kak-cik kak sekalian...kali ini NadiaMH nak share photo semasa sesi memasak bersama selebriti tanah air ..selebriti ? siapakah ????


......Cooking class with Juliza Adzlizan ...........

Juliza Adzlizan

Kak Ju kita ini didatangkan khas untuk kelas memasak di ofis ni. So layanz je la , plus she is beautiful , warm and friendly walaupun umur dah masuk category akak-akak gitew. BTW, memang bab masak-memasak, makan-memakan ni menjadi kegemaran ramai..so what the heck...I joined the session. tak rugi ape pun kan. Sesi berkongsi ilmu.

Kedatangan Juliza juga sempena dengan promosi buku masakannya iaitu , Selera Juliza Adlizan , terbitan
Buku Prima Sdn Bhd. Untuk pengetahuan semua , Kak Ju kita ini juga lulusan ijazah Music from Point Park College, University of Pittsburgh USA. class gitu ..........lawa, pandai masak, highly educated, great voice, married to "someone" filthy.......such a lucky lady....


So silent reader sekalian, hope enjoy these photo........

Basic ingredients for sambal achovies



sesi menumis bilis bersama cili padi

hasil tumisan bilis bersama cili api serta ulaman yang lain


Kak Ju tengah membuat sambal belacan



geng akak akak

basic ingredients for bread pudding


bread pudding sebelum dibakar dalam oven



Gulai ayam yang menggunakan cili padi
NMH interframe.........








hasilnya..........



Meet and Greet

Monday, 12 March 2012

NMH the Food Critic

Salam and Hello,

This time around, NMH would like to be the food critic...hopefully got something meaningful to share around with the rest of you, especially the silent reader ;)

ok, let me start with this few dishes that I have tried out lately....(menu sewaktu berbuka puasa dahulu tidak akan di review atas sebab-sebab tertentu...ekekkeke)

so...please enjoy the food rating..and feel free to comment also.....


Japanese-doughnut-thingy ; Mister Donut. Sell at selected AEON shopping malls. Rating 4/5



Kacang tidbits yang hanya dijual direct dari kilang....semasa musim Hari Raya Puasa sahaja..
Taste : value for the money..highly recommended. Rating 4/5


Mizi Char Koey Teow at Kamunting nearby Bukit Jana
Taste : Marvellous, but the portion is a bit too little for those big eater. Rating 3.5/5 

Cake of the Day set menu at Pan Cafe, Seksyen 8, Petaling Jaya
Taste : bole la, buat mereka yang nak makan kek kat cafe biasa. Rating 3/5



Coconut Shake from Bara, Seksyen 7, Shah Alam
Taste : the Best ever coconut shake in Shah Alam ! Rating 4.5/5


Dunno what jus they called it but it taste ssoooo nice and refreshing.
 At warung ayam penyet tepi jalan dekat area Taman Dato' Harun. Rating 4/5

Kueh Tiaw Goreng from Warung Kopi Mak Jah, Bukit Jelutong, Shah Alam
Taste : Tasteless ! so rating nya 2/5

Nasi goreng pataya at Restoran Jati Corner, New Town, Petaling Jaya
Taste : Bolehla, bagi mereka yang nak makanan ala carte Melayu di restoran mamak. Rating 3/5

Nasi lemak bungkus lauk ayam yang di tapau dari gerai tepi jalan berhampiran Giant Kelana Jaya. Rating 3/5

Vanilla Ice-Cream with a little bit of strawberry topping at Pan Cafe,PJ. Rating 3/5
Taste : Bole la, bagi mereka yang terasa nak makan ice cream sambil melepak bersama boipren tersayang


All time favourite from Kenny Rogers Roaster : Kenny's Quarter Meal. Rating 3.5/5
Taste : It remain the same but the chicken portion is too small :(

Nasi Lemak Rendang Daging from Wak Dol, Seksyen 7, Shah Alam
Taste : The nasi taste too simple and the rendang is a bit too dry. Rating 3/5
7
Lemon Cheese Cake from Secret Recipe
Taste : Nice cake to have while gossiping with your female best friend. Rating 4/5

Nasi Kukus berlaukkan Ayam bakar yang tawar...di persimpangan jalan area Port Dickson. confused tengok concept interior decor restoran ni, theme dia Western Cowboy tapi menu hanya nasi kukus lauk ayam bakar ...ish..ish..ish..branding tak kena tu. Rating 2/5


Lagi satu menu yang rasa tawar serta mengecewakan. Burger daging di restoran Laman Grill Steak di Seksyen 13, Shah Alam. Rating 2/5

Yang ni plak Lamb Chop di warung opposite tepi jalan berhampiran masjid bulat , Seksyen 14, Petaling Jaya.
Portion lamb dia dah ok, kuah gravy dia la pulak terlalu manis....turn off jadinya....Rating 3/5

Yang ni pulak kesukaan NMH ketika hang out bersama seseorang. Spaghetti meatball yang rupanya sempoi tapi rasanya..marvellous ! Di Shazana Pau & Cafe, Kampung Baru, KL. Rating 4/5

Fish and Chips...layannnnnzz di Mek Ayam Kampung, Seksyen 7, Shah Alam. Rating 3/5

Ayam goreng dari Mek Ayam Kampung jugeeee..layanzzzzz. Rating 3.5/5

Last but not least... Breakfast that they served at Melor Inn Parit Buntar
Taste : NO COMMENT ! Rating 2/5