Memandangkan ada permintaan untuk kongsi resepi cara-cara membuat kuah laksa, disertakan disini resepi lengkapnya. Resepi ini NMH pelajari secara tradisi keluarga, turun-temurun ;)
1) *Ikan (10 ekor ikan kembung/ikan sardin)
* Cili Kering (10
tangkai, ikut selera kepedasan masing-masing)
* Asam Keping
* Bawang besar (3
ulas, supaya akan timbulkan perasa origional)
Belacan secukup rasa
*Bahan-bahan ini direbus bersama di dalam satu periuk yang
sama...hati-hati ketika merebus..jangan sampai terlalu hancur. cukup sekadar 10 minit sahaja masa merebusnya.
2) Selepas direbus , ditoskan semua bahan tersebut untuk sejuk seketika selama 15-20 minit
3) Air rebusan ikan jangan dibuang, tinggalkannya di dalam periuk untuk buat kuah
laksa itu nanti
4)Ceraikan isi ikan dari tulang ikan. Asingkan tulang ikan tersebut di dalam bekas yang berasingan.
5) Kemudian blender bawang besar + cili keing + isi ikan +
Belacan.
6) Asam keping tak perlu blender, tinggalkan asam keping
dalam periuk untuk memasak kuah laksa tersebut
7) Bahan yang telah diblender (bawang besar + cili keing + isi ikan + Belacan). , masukkan semula dalam periuk untuk
kuah.
8) Tulang ikan yang telah diblender kan, perlu diasingkan (tambah air masa blender, takut tersekat
nanti kalau takde air), selepas itu tapis tulang ikan tersebut, ambil air tulang ikan sahaja .
9) Lebihan tulang ikan yang telah hancur diblender, bolehlah dibuang
10) Kalau nak banyak kuah, tambahkan air pada tulang ikan semasa ditapis
tadi
11) Panaskan periuk...kemudian baru masukkan bunga kantan, daun kesum...
12) Garam secukup rasa...sila rasa terlebih dahulu....ini kerana belacan selalunya dah cukup
masin....
Ulam-ulam yang sesuai dimakan mentah dengan laksa. silalah hiris
nipis-nipis.......
1) Daun selom (nama omputih dia water celery)
2) Timun
3) Bawang besar
4) Cili merah
5) Daun pudina
6) Daun salad yang halus (yang selalu dimakan bersama hidangan nasi ayam)
7) Nenas
8) Limau nipis dibelah dua
dan juga telur rebus dan petis udang (optional)
selamat mencoba.......Sila rujuk resepi untuk membuat laksa beras secara tradisi di blog ini...
Inilah hasilnya. Insyallah menjadi kalau telah mencuba resepi yang telah diberikan ini |
Kenapa nampk kuah macam cair je...anyway thanks untuk rasepi =)
ReplyDeletesedap2
ReplyDeleteTerima kasih...
ReplyDeleteSalam, thanks resepi....dah buat semalam...memang menjadik...sedap sgt2...ni baru 1st time buat....yg best, tak guna MSG n gula...tqvm.
ReplyDeletesedap...tqvm sharing=)
ReplyDeletesedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
ReplyDeletenk kene try ni..
jemput ke blog saye..
http://norzuryati.blogspot.com
~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..
Moga bermanfaat :)