Facebook Badge

About Me

simple, a bit complicated and chossy

NMH Secret Admire

Shout to NMH

Sunday 21 July 2013

Review Hotel - Everday Smart Hotel, Kuta Galeria, Bali

Salam,

Pada 22 May 2013 yang lalu, NMH bersama rakan baik semenjak zaman di MMU dulu, telah pun mengikuti percutiaan 4 hari 3 malam di Bali, Indonesia. Sepatutnya seorang rakan sepejabat NMH menemani NMH untuk percutian ini, tetapi di atas sebab yang tak dapat dielakkan, beliau tidak dapat turut serta.

NMH dan NNA telah pun bersepakat untuk memilih bilik penginapan kami di Everday Smart Hotel di Kuta Galeria, di sebuah kawasan baru berdekatan jalan utama ke Pantai Kuta. Sebenarnya NNA yang booking hotel ini. NNA telah pun menempah pakej bilik penginapan termasuk tiket penerbangan pergi balik, semua sekali berharga RM 580++. Murah bukan ? Saja pilih hotel biasa biasa, mungkin untuk percutiaan yang akan datang NMH akan cuba pula hotel di tengah tengah pantai Kuta.

Oleh kerana terlalu risau dan obsess dengan review di Tripadvisor, kami sepakat memilih untuk buat tempahan awal untuk bilik hotel yang mempunyai tingkap.Kami telah pun diberi bilik yang mempunyai tingkap. Motif kononnya bilik yang ada tingkap akan memberikan impak keluasan. Kami langsung tak punya masa untuk tengok pemandangan diluar tingkap tu pun.....jadual percutiaan yang terlalu padat....


Punyelah obsess nak bilik hotel yang ada tingkap...ha amik....

Ok la bilik hotelnya, ada welcome drink lagi masa nak check in.Tak silap satu malam penginapan disini berharga RM110 ++. Sebelum ini, review yang  dibaca mengatakan bilik air hotel ini mempunyai dinding yang frosted, see through....tak perlu risau, NMH dan NNA sama jantina.....tak segan pun pasal akan ada privasinya.....

Agak jauh kalau nak berjalan dari hotel ke pantai Kuta, jadi lebih baik naik teksi , dalam Rp 15,000 sehala lebih kurang RM 5. Teksi juga senang didapati di kawasan berdekatan.

Ada deretan kedai pegantin , kedai kain bertaraf Euro Moda dan salon rambut (yang NMH tak sempat mencuba salon itu) bertentangan dengan hotel ini.Ada juga convenient shop di jalan besar berhampiran. NMH sempat mencuba sebuah restoran ringkas yang bernama Nasi Pedas di jalan besar tersebut sebelum perasaan waswas menjelma keesokkan harinya......
Restoran yang simple , Nasi Pedas Ibu Andika berhampiran jalan besar untuk masuk ke kawasan hotel. Restoran ini takde logo halal..tapi ada letak photo Kaabah. Pekerja dia ber tatu , bertindik bagai...camner la tak waswas ?

Oleh kerana NMH jadi waswas sangat akan makanan sepanjang berada di Bali, NMH hanya berani order ikan masak sweetsour di cafe hotel tersebut, yang NMH request dihantar terus ke kamar hotelnya.Rasanya sangat menyelerakan (selera orang kebuluran makan akibat waswas dengan ayam, daging di Bali...ehheheh). Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan wireless dan sebuah komputer dengan talian internet diletakkan di lobi hotel.
Sweetsour fish yang di order dari cafe hotel. Dimakan bersama nasi putih, room service dalam Rp 46,000 bersamaan RM 15. okla rasanya....sedap

Kekurangan hotel ini cuma tidak mempunyai mini bar dan dedicated bellboy, tapi staff disini sangat menyenangkan. Room service seperti hairdryer dan iron juga disediakan. Rasanya lain kali kalau berpeluang ke Bali, silalah bawa bekalan makanan yang bersesuaian seperti mee segera, instant rendang, canned food dan sebagainya.

Ikuti review NMH di Tripadvisor http://www.tripadvisor.com.my/ShowUserReviews-g297697-d2182985-r163072471-Everyday_Smart_Hotel-Kuta_Bali.html#CHECK_RATES_CONT

Website hotel tersebut http://www.everydaysmarthotels.com/ourhotels-bali.htm




Monday 15 July 2013

Perodua Kembara for Sale

Salam,

Buat sesiapa yang berminat, sila hubungi nadyamh@yahoo.com

Thank you




Location: Kelana Jaya ,  Selangor
Condition : Used
Type : SUVs
Make : Perodua
Model : Kembara
Registration year : 1999
Mileage : 200 000 - 240 000
Transmission : Auto
Engine Capacity : 1300cc
Color type : Metalic - Red

Price : RM 10,000 (negotiable)
- One owner
- 100% accident free
- Aircond just service

- Clean interior 
- New roadtax 


Saturday 6 July 2013

Warna



Salam,

Kali ini NMH ingin berkongsi tentang pemilihan warna untuk pakaian dan aksesori.

Kulit manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu Sawa Matang/Gelap = warm skin tone dan Cerah= cool skin tone 

Sedikit panduan buat mereka yang masih tidak tahu akan pemilihan warna pakaian dan aksesori yang bersesuaian dengan warna rona kulit masing-masing.

Image source - Google 


Are you WARM or COOL? | Skin Undertone Type Chart
Image source - Pinterest

animals,asia,bears,black,endangered,nature,pandas,standings,white,wildlife
Warna neutral adalah hitam (black) dan putih (white). Warna selamat, Sesuai digayakan untuk pelbagai jenis acara

Jika boleh, elakkan pengunaan warna kelabu dan coklat. Warna coklat melambangkan terlalu merendah diri dan warna kelabu hanya sesuai untuk golongan yang berusia.

aromas,bakes,brown,cakes,candies,cinnamon,cooks,desserts,dried,flavors,fotolia,fragrant,grated,herbal,incense,ingredients,kitchens,organic,powdered,remedies,restaurants,spas,strong,sweet,taste,therapy,warm
 backgrounds,black and white,black and white backgrounds,dots,grays,patterns,polka dots,white

NMH juga pernah terbaca artikel tentang pengunaan warna mengikut hari. Ia bertujuan untuk pengaruh aura dalam kehidupan seharian kita. Sekadar ingin berkongsi bersama :

apparel,clothes,cropped images,cropped pictures,men's apparel,men's clothing,PNG,shirts,transparent background,t-shirts,white t-shirts
Warna putih untuk hari Isnin
iCLIPART, pink backgrounds, posing, modeling, glamour, elegance, fashion show, women
Selasa sesuai untuk warna pink

accessories,baseballs,caps,household,leisure,sports
Biru untuk hari Rabu




anime,avatars,faces,fashions,females,girls,hipsters,manga,people,persons,teenagers,teens,women
Kuning/Jingga pada hari Khamis




1950s,clothes,footwear,household,shoes,spike heels
Jumaat pakai warna hijau



footwear,heels,pumps,shoes,partywear,fashion,lifestyles,accessories
Merah untuk hari Sabtu



clothes,dresses,high heels,household,ladies,party wear,corporates,personal appearances
dan Hitam sesuai untuk hari Ahad
 


Perasan atau tidak, warna unggu/violet langsung tidak disebut. Unggu termasuk dalam kategori biru kut...

Sekadar perkongsiaan bersama............















Friday 5 July 2013

perbezaan antara kita

Salam,

Biasalah dua bulan sekali baru nak update blog...Ada banyak citer tapi NMH nak kongsi sesuatu...

"Perbezaan antara kita" tengok tajuk macam drama yang selalu disiarkan pada pukul 7 petang, yang hari-hari Kak Esah and Mak Ton duk melayan tu.....tak bukan citer pasal drama or telenovela..............

tetapi sedikit perkongsiaan mengenai sifat personaliti manusia. Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih sebab diberi peluang untuk mengikuti training on Interpersonal Skills, Communication & Rapport Building and recently on  Incorporating Personal Grooming and Basic Etiquette. 

Manusia memang dicipta berbeza, tak sama DNA nya. Disebab itulah keunikkan ini saling berkaitan antara satu sama lain. Disertakan disini gamba rajah yang telah diolah sedikit  pengisiannya berdasarkan ketiga-tiga training yang telah dihadiri berkaitan personaliti manusia.




4 type of human personality 
Anda di dalam kategori mana ? Boleh teka NMH di dalam kategori mana ? 

Untuk bahagia dalam hidup ini senang sahaja. Mulakan dengan :
1) Bersyukur
2) Maafkan diri sendiri
3) Maafkan ibu kandung
4) Maafkan bapa kandung
5) Maafkan mereka yang lain
6) Imbas kembali semasa kita berumur 5 tahun
7) Pengertian kasih sayang

Disamping itu, adalah dilarang sama sekali daripada melakukan perkara ini :
1) Menyalahkan seseorang/sesuatu
2) Asyik mencari kesalahan yang ada 
3) Mengkritik 

Ikutlah resam padi, makin berisi makin tunduk = merendah diri walaupun setinggi mana kejayaan yang anda telah kecapi.




p/s : I cheated during the muhasabah diri session. pasal itu langsung tak menitiskan air mata jerneh itu...ehhehehe..me and my poker face...ehehehheheheh